Bila dengar cerita yg belum tentu betul pasal kau. Kau tau kenapa? Sebab bila cerita2 mcm tu wujud, aku jadi sangsi. Bila aku jadi sangsi, kita akan mula bergaduh. Dan aku paling tak suka gaduh dengan kau.
Orang cakap;
"Kalau aku jadi kau, aku dah lama pergi weh"
"Kalau aku jadi kau, aku belum tentu kuat mcm kau"
"Kalau aku jadi kau, aku mungkin dah gila weh"
Itu kalau orang jadi aku. Tapi masalahnya skrg ialah aku tetap aku dan aku tak tau sejauh mana lg kekuatan tu. Selagi aku boleh bertahan, aku akan tetap bertahan. Aku tau, banyak cerita aku dengar. Pelbagai versi. Tapi selagi aku tk nmpak, selagi aku mampu, selagi tu lah aku tetap ada. Kau boleh pergi dan datang ataupun pergi tak kembali atau kau kekal di sini, tapi aku tetap tak pergi mana2. Sebab aku risau, kalau satu hari nanti kau takd sape nak pergi dah, aku takd dkt situ. Aku takd utk susah dan senang kau.
Kadang aku sakit hati mcm mana pun aku biarkan je, aku pendam. Sebab aku rasa mcm benda takd ape pun nak aku bangkitkan.
Tak kisah ape pun cerita sebenar yg berlaku dkt luar atau dalam pengetahuan aku, simpan. Aku belum lagi bersedia nak tau apepun. Kasar luaran tapi hati aku belum tentu.
